Assalamualaikum and Hello everyone!
Lama kan kita tak jumpa? Sorry for my laziness ya. Heheheh. By the way, sekarang rasanya seluruh dunia terutama negaraku Malaysia sedang giat mengamalkan #stayathome untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin hari semakin banyak kes yang kita dengar dan lihat.
So, how bout you guys? Duduk diam dalam rumah atau ada yang pergi merayap? Harap semua still duduk diam-diam dalam rumah ya. Jangan keluar kalau takde perkara penting nak dibuat. Always wash your hands or use the hand sanitizer. Kalau terpaksa keluar daripada rumah tu harapnya semua buat langkah-langkah keselamatan diri ya. Ini bukan hal diri sendiri tapi seluruh alam. Sebab apa? Sebab 1 yang positif boleh menyebarkan dengan cepat kepada 10 orang. Tu yang Amoy bacalah. Dan harini ada berita mengatakan Nadia kena Covid! Siapa Nadia ni? Nadia ni seekor harimau guys. See? Binatang pun boleh terjangkit dengan covid. Bukan manusia je. So, it's important to everybody in the world take action. Let's stop the covid together!
Eh, tapi apa kaitan Coronavirus a.k.a Covid-19 ni dengan skrub kopi? Hmmmmm... Boleh agak tak? Oh, BTW, Amoy diarahkan kerja dari rumah sebab sektor perkerjaan Amoy tak boleh beroperasi semasa penularan wabak Covid ni. Setelah hampir 3 minggu berkurung dalam rumah, Baru hari ni Amoy ada rasa nak menaip. So, if this entry too long too digest, I'm sorry.
Pada mulanya Amoy nak buat 2 entry. Tapi memandangkan idea tengah datang mencurah ni kan, makanya Amoy continue je buat jadikan 1 entri #pemalassebenarnya.
Well, let's begin our coffee scrub.
Barang-barang yang diperlukan untuk buat skrub ni senang je. Takde yang susah. For me it easy to do at home because all the item that I need to make the scrub is all set in my home. Heheh. Barang yang dijadikan skrub ni pun tak banyak. Amoy guna 3 item je.
Hampas kopi tu wujud sebabnya weekend haritu kakak Amoy buat air kopi and tetiba terasa nak buat skrub. Mungkin bosan sangat kat rumah sampai tatau nak buat apa lagi musim covid ni. Maka dengan itu, Amoy pun buat skrub.
Cara nak buat skrub ni senang je weh. Tak sangka. Semudah 123.
- Mula-mula keringkan hampas kopi yang dah digunakan selepas buat air kopi. Tak kiralah buat kopi o kaw ke buat kopi ais ke janji ada hampas kopi.
- Campurkan dalam 2 sudu teh madu ke dalam hampas kopi yang dikeringkan tadi.
- Titiskan beberapa titik massage oil. Yang ni sebenarnya optional. Terpulang nak letak ke tak. Tapi best letaklah sebab x banyak pun. Oh ye kalau takde massage oil, korang boleh letakkan any aroma theraphy oil.
- Gaulkan semua sampai sebati dan pastikan skrub yang dibuat tidak terlalu berair. Kalau berair susah sikit nak kata skrub. Mungkin disebut sebagai air kopi. kah!
- OK SIAP!
Nanti boleh dah lah skrub badan dan muka. Disebabkan bahan yang kita guna buat skrub ni datang daripada bahan-bahan kat dapur, Amoy sarankan if ada lebihan skrub tu jangan dibuang tapi disimpan dalam peti ais. Nanti boleh guna lagi.
Selepas Amoy dah cuba sendiri skrub ni, jujurnya memang terasa kulit halus mulus dan lembab. Sama juga apabila Amoy skrub muka amoy dengan skrub ni, sebelum ni bahagian hidung tu teras biji-biji disebabkan whitehead. Tapi, lepas skrub tu, Amoy rasa "Wah licinnya!!!!" Seronok dia takyah nak sembang. Tapi memang syiok ah. Lepas skrub badan pula, kulit tu memang rasa smooth wehh. Susah nak explain. Korang kena try sendiri kat kulit korang. Heheh
So, untuk korang nak menghilangkan rasa bosan atau nak memanjakan diri di rumah sebab takleh nak pergi spa or jenjalan tu bolehlah try buat. Time RMO ni lah banyak benda korang boleh try. Jangan takut untuk explore.
Lastly, Stay safe everyone! #dudukdirumah #stayathome #stayhome #covid19