Tuesday, June 10, 2014

kau dah kenapa?

Bukan bermaksud nak kurang ajar. Tapi itulah kenyataan. Aku dah janji nak ambil surat tu kau dah kenapa. bagi surat pun tak sebut nama aku. Aku ade name lah makcik oi...

tak payah nak berakak-akak la. geli geleman. YUKCS! Well aku pun tak hingin lah nak masuk rumah ko yang setakat menyewa tuh. PUI!!

Tak payah nak susah-susah. aku dah tukar alamat dah pun surat menyurat. Takde mase nak pergi rumah sewa kau tu.

Aku pun harap aku boleh BLAH dari tempat ni secepat yang mungkin.

Wednesday, May 21, 2014

Enjoy

Enjoy

Our life must be full with happiness and joyful..

But, when we starting our futher study to university or college or etc, we must enjoy with our study!

But wait dear,

Must be enjoying the study not enjoying when you're studying.

When we enjoying our studying,it will come out a awesome result! Trust me!
Not enjoying ourself without take note about the study.

Please... Don't be like me.
I'm enjoying while I'm studying. But I'm not enjoying the study but enjoying the lifestyle. It returns me to a lazy person to take care about my study.

But now, I've nothing to be regret. I've choose the way I be today. Didn't you why? It's because the mistakes was from me not other. I'm admit my own mistakes.

So, I don't want today youngers became like me. Please dear. Take note for your life.

Even though you like the technically not the books, go ahead. It will became life for you. Trust me.
It's doesn't mean that you can't catch up the books means that you are stupid! You can be anyone you want as you can be a good and better person to keep go on your life!

Toodles!!!!

Monday, May 19, 2014

Adab sopan

Adab sopan memang diajarkan kepada kita sejak kecil.

Bukan sahaja kita kena sopan terhadap orang dewasa yakni lebih berusia daripada kita tetapi juga kita hendaklah beradab sopan sesiapa sahaja tidak mengira usia.

Jangan fikir anda lebih berusia anda boleh sesuka hati membuat sesuatu yang tidak menghormati yang lebih muda..

Yang muda juga perlu bersopan dengan yang lebih berusia tapi kalau yang lebih berusia sudah menunjukkan tiadanya adab sopan, maka jangan dok mengharaplah nak yang muda ni normal kat yang tua tu.

Thursday, May 15, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah....
Terima kasih ya Allah...
Alhamdulillah....

Ingat lagi tak Amoy pernah share dengan korang dulu dalam entry Exam.... Amoy kena hadapi 3 jenis paper.. And now alhamdulillah... Dah tahu salah satu result exam yang dulu.. Alhamdulillah lulus ya Allah...

Masa tengok result tu mak aih... Nasib tak melompat2.. Hahaha.. By the way ada lagi result yang belum keluar... Harap2 lulls lah ye... Theeheee..... Cepat lulus exam pastu cepat jugak pergi induksi than cepat lah Amoy confirm... 

Lepas banyak berlaku akhirnya ada jugak hadiah yang Amoy dapat..rasa berbaloi sangat... 

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

Terima Kasih Ya Allah...


Wednesday, May 14, 2014

Maaf

Maaf...
Hanya maaf yang mampu terungkap dari mulut..

Maaf...
Tidak mampu untuk menerangkan kepada sesiapa apa yang terjadi...

Kenapa??
Aku pun tidak mengerti...
Aku pun ingin mengerti...

Kadang kala terasa seperti sudah sampai tahap yang termampu...
Namun,,,
Tetap hadapi semua ini...

Siapa aku??
Kenapa aku??

Kadang kala hampir ingin putus asa..
Akhirnya,,
Lepas keluar apa yang tidak enak didengar,,
Menitis air mata...

Air mata takkan berhenti...
Akhirnya terlelap sendiri...

Apabila bangun di awal pagi...
Kembali sedar siapa aku...
Kenapa aku di sini...

Lantas aku mengadap Ilahi..
Memohon ampun dan memohon ketenangan...
Tenang seketika...

Teruskan kehidupan...
Teruskan senyuman..


Monday, May 12, 2014

Kesabaran

Ramai yang tidak mengerti,
Ramai yang tidak tahu,
Ramai yang menunding jari,
Sedangkan mereka tidak sedar,
Mereka telah melukakan sekeping hati.

Namun,
KeSABARan itu penting.

Kita tenangkan hati kita dengan ungkapan yang positif
Kita tenangkan diri kita dengan wirid, zikir dan seumpamanya.

SABARlah..

Terima Kasih ya Allah..

Wednesday, May 07, 2014

Rejab datang lagi

Assalamualaikum...

Ffffuuuuuhhhh..... Fffuuuuuhhhhh.... Ohmai... Banyaknya habuk.. Hihi... Maaflah jarang update blog.... Banyak idea nak share tapi selalu aje tak menyempat nyempat. Well sekarang pun dah sampai bulan Rejab. Banyak pahala katanye bulan Rejab ni... Amoy ambil sekali pahalanya dengan berpuasa sunat =)

By the way Amoy sekarang ini tengah sibuk dengan program menyihatkan badan yang sedia cepat letih and lesu nih.. Ohmai... Truly said Amoy selalu rasa exhausted bila dah nak petang2 kat opiss nun... Rasa macam nak tidoqq jer... Well,, Amoy dah jumpa macam2 cara nak sihatkan badan...

Memang masa sekolah dulu Amoy seorang yang agak berisi (tapi BMI maintain ok??) hihi.. Well Amoy google aje cara nak sihat.. Antaranya Amoy blogwalking. Paling banyak tips Klik Sini... Dengan berkat usahanya, Amoy berjaya hilangkan almost 6kgs in 1 month *giggles*

Harap2 semua usaha ni takdelah hangat2 tahik ayam kan... Nak kena tepek gambar ke? Ohmai.. Tunggu next update ok... Well.. See ya!!

Salam.

Wednesday, March 26, 2014

cuti cuti Malaysia

Assalamualaikum Hi!

Rasanya nak share something dengan korang sume. Tapi Amoy taktau nak share kan ape. Almaklum lah kekeringan idea konon nya. Hikhikhik. By the way jom la Amoy share kan pasal cuti-cuti Malaysia. 

Seperti yang kita tahu tahun ni kan negara kita yang tercinta ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014. So, apa yang menarik nya visit Malaysia ni? Memang banyak sebenarnya tempat-tempat yang menarik dalam Malaysia ni. Contohnya kampung Amoy iaitu Melaka. 

Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah dan sebenarnya Amoy pun tak habis lagi melawat Melaka ni. Sebab masa kecil-kecil dulu pun dah berjalan dengan family kat Melaka ni. Tapi tahu lah kan,,, masa kecil siapa yang ingat apa yang terjadi? Kihkihkih.

Tempat yang menarik untuk  dilawat tu antara nya:

1. Taman Buaya 



2. Zoo Melaka



3. Kota A'Famosa


4. A'Famosa Resort



5. Bandar Hilir 


6. Melaka River Cruise


7. Menara Taming Sari

8. Tempat makan di Muara Sungai Duyong


Erk! Banyak lagi lah tempat yang menarik. Tak larat dah Amoy nak list kan semuanya. Apa-apa pun jom lawat Melaka :)

Oke bye!







Friday, March 21, 2014

Kekuatan


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Aku berharap kekuatan dalam diri ini akan bertambah

Ini akan menentukan hidup ramai orang termasuk aku

Kita kena berani kerana benar

Dan kita kena takut kerana salah

Jadi aku kena berani dalam mempertahankan perkara itu

Harap aku mempunyai kekuatan itu

Ya Allah aku mohon kekuatan dari-Mu

-
-
-
-
-
-
-
--
-
-


Thursday, March 20, 2014

Lepas Rindu

Assalamualaikum semua! Hi!

ini merupakan entry yang dah berhabuk dalam draf.

Hari ni merupakan hari terakhir bulan February. So far bulan ni berlangsung dengan baik just ade la sikit2 yang buat hati ni rasa geram jugak. By the way bulan ni pun dah nak berlalu dah. Alhamdulillah. Amoy masih hidup sekarang.

Oh! Amoy lupa nak cakap pasal rindu ape. Well, sejak my parent pindah ke kampung halaman ni Amoy dah lama tak pergi ke pasar malam area rumah lama amoy.

So, my sis and i tetibe plan nak pergi ke pasar malam yang dicakapkan itu. So, kitorang pun pergi lah ke pasar malam ni. Nak tau tak amoy beli ape? Nak tau tak? Okei,, scroll ke bawah please. 

-
-
-
-
-
-
-
-

gambar google aje sbb lupe nak snap pic 

Lama sangat dah Amoy tak beli susu ni.Amy beli masa tu still lagi duduk kat kawasan perumahan yang lama. Susu ni dulu masa kecik2 wajib pergi apabila tibanya pasar malam. Ececeh. Skema pulak ayatnye. Kihkihkih.

Lepas dah beli susu segar tu tadi Amoy pun pusing lagi kat pasar malam tu. And know what? Hampir 2 kali pusing opasar malam still tak tatau nak beli makanan apa. Kihkihkih. Than last2 beli jugak bihun sup kawah. Kat sini sup dia memang superb beb. Dulu pun bila pergi je selalu jugak beli bihun sup ni.


sorry pic sumber google. sbb tak sempat nak snap dah ngap. hehe
Okei. lepas tu nak beli ape yer? Rindu sangat nak jenjalan kat pasar malam area ni. Almaklum la kan, sejak my parent da pencen ni, family dah kena pindah kampung. Dah habis tawaf kali ke 3, Amoy rase nak beli perfume pulak. Ala, perfume yang gantung2 tu. tapi yang murah2 aje, sebotol RM10. Tukang jual tu cakap beli 2 dapat RM18. So, tunggu apa lagi. terus grab lah. Hahaha. Amoy beli bau honeydew & green apple. Bau die memang superb and tahan lama sebab da dekat sebulan ni. banyak lagi. kihkihkih.

Sorry takde pic perfume sebab dah lama and tak pernah snap pic.KIHKIHKIH 

Okei lah, ini aje cerita Amoy kali ni. Bye!





Monday, March 17, 2014

Keras

Keras

Sesuatu yang keras boleh ke jadi lembut?

Macam mana pula kalau hati seseorang itu yang keras?


Thursday, February 20, 2014

Be a nurse again Part 2

Assalamualaikum! Hi!

Hari ini Amoy nak sambung cerita masa jadi 'nurse' masa my mom admit hospital. Macam2 karenah and insiden yang jadi sepanjang dalam masa 4 hari tu. Ade yang mencuit hati Ada jugak yang menyakitkan hati.

Meh kita story insiden yang mencuit hati. Al maklum lah yang masuk wad2 ni pun majoritinya kategori nenek2. So banyak lah jugak pe'el nya kan? Hehehehehehe. Ada sorang nenek tu, tataw la die check in bile. Amboi. check in tuu.. Haha... Tapi Amoy pasan ade sekali tu die pergi jalan2 tengok orang lain sakit. Yelah kawan2 dia jugak agaknya.

Tapi yang tak boleh blah nye, kawan dia tanya la mane jarum yang cucuk kt tangan dia. Kire jarum yang masuk air tu lah. Boleh dia jawab "dah cabut dah.lemas la" kawan dia pun tanya nurse ke cabut kan? Taklah cabut sendiri je tadi. Susah nak jalan die jawab. Amoy dengar dari jauh ni pun dah tersenyum simpul. Macam-macam.

Next ade sorang nenek tu jaga sorang nenek ni. Amoy ingat kan die jaga sedare or sebaya la. Sebab umur macam same je. Rupa-rupanya dia jaga anak die. Aiseyh,,. Salah anggap pulak amoy ni. Kire pangkat moyang rupanya nenek yang menjaga tu. Dia memang fun lah wa cakap lu. Hehe. Sebabnya aritu amoy dengar dia nyanyi lagu Najwa latif. Lagu Kosong. Pastu yang tambah kelako tu sebab nenek yang cabut jarum tu pun sambung pulak lagu tu. hahaha.

Dalam 2 ke 3 hari jugak perkara yang sama je amoy lalui masa jaga mama dulu. Keje pun terpaksa amek cuti. Yelah, mak amoy kan. Takkan tanak jaga pulak kan. Alhamdulillah mama amoy pun da sihat sekarang. Just kena jaga makan and she still bergantung pada ubat. Most importantly mama kena rehat banyak.

Oklah bye! Nanti amoy sambung part 3. MAYBE HEHE

Wednesday, February 19, 2014

Exam

Assalamualaikum! Hi!

Sihat tak semua? Eh ade reader ke blog amoy ni? Hehe. By the way amoy nak story jugak kat blog jugak. It's online diary right? Hehehe. Okeh! Sekarang amoy nak cerita pasal exam. For sure sape2 yang nampak exam mesti ingat masa study je kan?

Okay everybody. You're wrong! Sebab amoy pun nak kena exam padahal amoy da kerja. Hah? Camno tu? Nak kena study balik buku yang dah lama amoy tinggalkan time sekolah dulu. Subjek Sains lagi. Huhu.

Examnya dah dekat dah. Nak baca buku, buku pun takde kat depan mata. Maklumlah dah lama tinggalkan buku. Buku lama amoy pun dah sedekah bagi orang. Kalau buku teks dulu memang la dapat pinjaman, maksud amoy buku rujukan pun takde.

Adeih!

Okei lah. Amoy nak tengok-tengok nota yang ade kat online ni. Banyak jugak nota yang ade kat online. Alhamdulillah ada jugak nota. Kalau tidak,,, mana lah amoy nak cekau! Hehehe

Ok! Bye!

Thursday, February 13, 2014

Tanggungjawab

Assalamualaikum semua! Hi!

Tanggungjawab or in English it's called responsibility.

Ramai yang tau kan semua yang hidup kat dalam dunia ni ade tanggungjawabnye sendiri. Even makhluk kecik macam semut pun ada tanggungjawab terhadap Pencipta-Nya. Tapi Amoy bukan nak bebel pasal apa tanggungjawab kita n macam mane kite laksanakan tanggungjawab tu.

Well, hari ni Amoy rasa ramai yang iri hati apabila ada seseorang itu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Yeps! It's true nobody perfect. But it's not a crime if u do it. Takyah pergi jauhlah nak bagitau. Sekeliling Amoy pun ade yang macam tu. N sometimes, amoy pun macam tu.

Bile kita nak buat itu kata tak boleh. Bukan tak boleh ape, tapi bile dah banyak sangat kes-kes yang melibatkan tanggungjawab. For example. Miss A nak buat macam ni sebab itu adalah peraturan yang sebenarnya dalam laksanakan tugas. Tetapi, unfortunately, Miss B nak buat macam tu sebab memang da biasa buat macam tu dari sulu lagi.

So, sekarang persoalannya, kita kena buat yang betul atau tak? Kalau betul kenapa nak buat yang dah biasa dari dulu sedangkan dah tau yang itu salah? Cikgu amoy pernah pesan masa buat silap, BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA.

Biasakan dengar ungkapan tu? Tapi kenapa masih ada segelintir masyarakat yang masih mentality yang rendah macam ni? Well, kan amoy dah mention tadi takyah pergi jauh. Diri amoy sendiri masih macam ni. Tapi manusia mana yang tak pernah buat silap. Yang penting berani mengaku kesilapan dan berani membetulkan kesilapan.

Ok bye!

Tuesday, January 28, 2014

Be a nurse again Part 1

Assalamualaikum ! Hi!

Da lama rasanya Amoy tak update. Bukan ape, ade emergency case sikit. Last week on Wednesday, my mom admit kat hopsital. Amoy dengar mase tengah kerja. Terus tak sabar nak balik. Tunggu jugaklah sampai abes waktu kerja. Dalam hati dup dap dup dap jugak. Terus call my sis ajak die balik malam tu jugak.

My sis kata tunggu la die amek kat rumah sewa. So, Amoy pun tunggu lah kat rumah sewa dengan debaran. Lebih kurang nak dekat time Maghrib tu my sis pun sampai kat rumah sewa Amoy. Kitorang pun berdesup balik kampung. Sampai kampung lambat jugak lah. Dalam jam 9 tu la baru sampai kampung.

Sampai2 je ayah Amoy tanya "nak teman mama kat hospital tak? Kalau nak teman pergi la makan dulu pastu nanti ayah hantar pergi hospital." Dah ditanya macam tu nak rejek ke? Itu kan mama Amoy jugak. Mesti lah kate boleh jugak. So Amoy takde la lapar sangat malam tu makan sikit je buat alas perut. Lepas makan terus pergi check in kat hospital.

Dari hari Rabu sampai lah hari Sabtu teman mama Amoy kat hospital. Masa mula2 teman tu mama susah nak gerak sebab cucuk jarum kan. Kena masuk air kat dalam badan sebab doc cakap badan mama tak cukup air. Lepas tu bukan air je, ubat antibiotic pun kene masuk kat tempat cucuk tu. Sedih sangat sebab mama cakap sakit. Mengalir jugak air mata dia. Amoy jangan cakap lah. Opkos la bergenang jugak air mata tu.

Tak cukup kena cucuk kat tangan,mama Amoy kena masukkan oksigen jugak ikut hidung. OMG bile Amoy tengok macam dah parah sangat. Lepas tu tangan yang kena cucuk tu bengkak. Terus doc kate kita tukar jarum. Cabut jarum yang tu pastu masuk jarum baru kat tangan sebelah lagi . Tengok mama Amoy mengerang nampak sakit sangat. Doc tu pun berpeluh masa nak cucuk jarum tu. At last dapat jugak lah cucuk.

Everyday mama Amoy kena amek darah. Nak buat test katanya. Nak check kidney,liver and soon. Amoy mane lah tau sangat benda2 kedoktoran ni. Redhakan aje lah. Tapi yang kesian mama lah. Sebab nak kne amek darah tu pun kena cucuk jugak. So, kena cucuk lagi. Sakit kot. Kena check gula dalam darah pulak. Nak tau ade diabetic ke tak. Tiap2 hari ni lah kena sabar kan mama Amoy. Sebab sakit kan.

Well banyak jugak nak cerita. Tapi tunggu next update ok? Takut nanti boring pulak sebab panjang sangat entry kali ni.

P/s: mama amoy dah keluar hospital dah, Alhamdulillah.

Well. Bye! Wasalam.

Tuesday, January 21, 2014

Hati



Wahai hati bersabarlah

Banyak yang perlu dibendung.

Sabar.

In Sha Allah nanti akan tenang

In Sha Allah nanti akan selesai

Hanya perlu sabar dan usaha

Seharusnya yakin dengan-Nya








Monday, January 20, 2014

Weehuuu...

Assalamualaikum ! Hi!

Minggu lepas kan cuti lame lepas Amoy dah banyak jenjalan kat area kampung tetibe teringat nak call Umi. Umi ni kawan mama Amoy. Dia memang orang kelantan and i love when eat the LAKSAM made of her.HAHAHAHA. Speaking katako! bengong betul Amoy ni! Lepas call Umi and dapat green light kata boleh datang nak makan laksam. memang WEEHUUU lah. hehehe.

Nak dijadikan cerita lah konon nya, mase on the way pergi rumah Umi tu boleh pulak sesat! APTB! Lepas tu baru lah nak call Umi. Tu pun lepas da pusing 2 kali kawasan yang sama. HAHAHAHA. Memang buat kerja gila betul lah. Konon ingat la rumah Umi kat mana. berlagak katako nak pergi sane main langgar aje. Last last padan muke sebab sesat. kihkihkihkih.

Okei lah. Just enjoy the picture Amoy melantak ok?



yang tengah minum tu la Umi
my sis


Bye!




Saturday, January 18, 2014

Holiday is Today!

Assalamualaikum! Hi!

Hari ni kan cuti sempena perayaan Thaipusam. hari amoy banyak jugak berjalan. mana tak nye, sebelum solat Jumaat tadi da gerak pergi Tampin. Just for visiting my lovely Wan. Sampai sampai kat Tampin tengok rumah mak cik area backyard tu memang best sangat nak buat lepak. Angin kat belakang tu sangat kuat and ohsem! Best giler lah lepak kat belakang tadi.


my wan

Itu semua cerita pada siang hari. At the night pulak ayah amoy ajak pergi jalan jalan pulak. bukan jauh mane pun nak jalan jalan tu. Just ronda kat kampung jer pun. Hahahaha. My family pun naik giler dah bergambo. Mane tak nye, duduk kampung tapi tak pernah ronda kampung sendiri pastu time bergambo macam pergi jalan kampung orang lain.

Just enjoy the picture yer.
























Some of the picture ade yang tak clear. Sorry la yer? kamera nye tak cantik sangat. By the way, hope enjoy the all picture! 

Lepas dah jenjalan tu pergi makan pulak. Lapar pulak lepas sesi fotoshot. Hihi.

Ade set karaoke lama tu kat kedai makan ni




Bye!





Wednesday, January 15, 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum! Hi!

Rasa ya belum terlambat lagi kan nak ucap kan Salam Maulidur Rasul kepada semua. Walau pun sebenarnya tarikh lahir Rasulullah S.A.W kita yang tercinta semalam and baru hari ni Amoy nak wish. Banyak kisah Rasulullah yang kita selalu dengarkan? Amoy ingat lagi masa sekolah dulu yeye je malas nak pergi dengar ceramah kat dewan sekolah. Hehehehe.

By the way, time sekarang teringin pulak nak pergi dengar dengar ceramah ni kan. Hahaha. Dulu bukan main mengelat sampai cikgu pun naik muak nak paksa pelajar pesen pesen macam Amoy ni lah. Jenis malas nak dengar ceramah and at the end sekarang ni Amoy pulak sibuk sibuk konon nak pergi dengar ceramah. Citt poooddaaah!! Hahaha

Okea lah sampai sini je lah yer celoteh tak banyak sangat nak story lagi. Nanti Amoy sambung lagi okei? Bye! Salam Maulidur Rasul semua!