Tuesday, January 28, 2014

Be a nurse again Part 1

Assalamualaikum ! Hi!

Da lama rasanya Amoy tak update. Bukan ape, ade emergency case sikit. Last week on Wednesday, my mom admit kat hopsital. Amoy dengar mase tengah kerja. Terus tak sabar nak balik. Tunggu jugaklah sampai abes waktu kerja. Dalam hati dup dap dup dap jugak. Terus call my sis ajak die balik malam tu jugak.

My sis kata tunggu la die amek kat rumah sewa. So, Amoy pun tunggu lah kat rumah sewa dengan debaran. Lebih kurang nak dekat time Maghrib tu my sis pun sampai kat rumah sewa Amoy. Kitorang pun berdesup balik kampung. Sampai kampung lambat jugak lah. Dalam jam 9 tu la baru sampai kampung.

Sampai2 je ayah Amoy tanya "nak teman mama kat hospital tak? Kalau nak teman pergi la makan dulu pastu nanti ayah hantar pergi hospital." Dah ditanya macam tu nak rejek ke? Itu kan mama Amoy jugak. Mesti lah kate boleh jugak. So Amoy takde la lapar sangat malam tu makan sikit je buat alas perut. Lepas makan terus pergi check in kat hospital.

Dari hari Rabu sampai lah hari Sabtu teman mama Amoy kat hospital. Masa mula2 teman tu mama susah nak gerak sebab cucuk jarum kan. Kena masuk air kat dalam badan sebab doc cakap badan mama tak cukup air. Lepas tu bukan air je, ubat antibiotic pun kene masuk kat tempat cucuk tu. Sedih sangat sebab mama cakap sakit. Mengalir jugak air mata dia. Amoy jangan cakap lah. Opkos la bergenang jugak air mata tu.

Tak cukup kena cucuk kat tangan,mama Amoy kena masukkan oksigen jugak ikut hidung. OMG bile Amoy tengok macam dah parah sangat. Lepas tu tangan yang kena cucuk tu bengkak. Terus doc kate kita tukar jarum. Cabut jarum yang tu pastu masuk jarum baru kat tangan sebelah lagi . Tengok mama Amoy mengerang nampak sakit sangat. Doc tu pun berpeluh masa nak cucuk jarum tu. At last dapat jugak lah cucuk.

Everyday mama Amoy kena amek darah. Nak buat test katanya. Nak check kidney,liver and soon. Amoy mane lah tau sangat benda2 kedoktoran ni. Redhakan aje lah. Tapi yang kesian mama lah. Sebab nak kne amek darah tu pun kena cucuk jugak. So, kena cucuk lagi. Sakit kot. Kena check gula dalam darah pulak. Nak tau ade diabetic ke tak. Tiap2 hari ni lah kena sabar kan mama Amoy. Sebab sakit kan.

Well banyak jugak nak cerita. Tapi tunggu next update ok? Takut nanti boring pulak sebab panjang sangat entry kali ni.

P/s: mama amoy dah keluar hospital dah, Alhamdulillah.

Well. Bye! Wasalam.

Tuesday, January 21, 2014

Hati



Wahai hati bersabarlah

Banyak yang perlu dibendung.

Sabar.

In Sha Allah nanti akan tenang

In Sha Allah nanti akan selesai

Hanya perlu sabar dan usaha

Seharusnya yakin dengan-Nya








Monday, January 20, 2014

Weehuuu...

Assalamualaikum ! Hi!

Minggu lepas kan cuti lame lepas Amoy dah banyak jenjalan kat area kampung tetibe teringat nak call Umi. Umi ni kawan mama Amoy. Dia memang orang kelantan and i love when eat the LAKSAM made of her.HAHAHAHA. Speaking katako! bengong betul Amoy ni! Lepas call Umi and dapat green light kata boleh datang nak makan laksam. memang WEEHUUU lah. hehehe.

Nak dijadikan cerita lah konon nya, mase on the way pergi rumah Umi tu boleh pulak sesat! APTB! Lepas tu baru lah nak call Umi. Tu pun lepas da pusing 2 kali kawasan yang sama. HAHAHAHA. Memang buat kerja gila betul lah. Konon ingat la rumah Umi kat mana. berlagak katako nak pergi sane main langgar aje. Last last padan muke sebab sesat. kihkihkihkih.

Okei lah. Just enjoy the picture Amoy melantak ok?



yang tengah minum tu la Umi
my sis


Bye!




Saturday, January 18, 2014

Holiday is Today!

Assalamualaikum! Hi!

Hari ni kan cuti sempena perayaan Thaipusam. hari amoy banyak jugak berjalan. mana tak nye, sebelum solat Jumaat tadi da gerak pergi Tampin. Just for visiting my lovely Wan. Sampai sampai kat Tampin tengok rumah mak cik area backyard tu memang best sangat nak buat lepak. Angin kat belakang tu sangat kuat and ohsem! Best giler lah lepak kat belakang tadi.


my wan

Itu semua cerita pada siang hari. At the night pulak ayah amoy ajak pergi jalan jalan pulak. bukan jauh mane pun nak jalan jalan tu. Just ronda kat kampung jer pun. Hahahaha. My family pun naik giler dah bergambo. Mane tak nye, duduk kampung tapi tak pernah ronda kampung sendiri pastu time bergambo macam pergi jalan kampung orang lain.

Just enjoy the picture yer.
























Some of the picture ade yang tak clear. Sorry la yer? kamera nye tak cantik sangat. By the way, hope enjoy the all picture! 

Lepas dah jenjalan tu pergi makan pulak. Lapar pulak lepas sesi fotoshot. Hihi.

Ade set karaoke lama tu kat kedai makan ni




Bye!





Wednesday, January 15, 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum! Hi!

Rasa ya belum terlambat lagi kan nak ucap kan Salam Maulidur Rasul kepada semua. Walau pun sebenarnya tarikh lahir Rasulullah S.A.W kita yang tercinta semalam and baru hari ni Amoy nak wish. Banyak kisah Rasulullah yang kita selalu dengarkan? Amoy ingat lagi masa sekolah dulu yeye je malas nak pergi dengar ceramah kat dewan sekolah. Hehehehe.

By the way, time sekarang teringin pulak nak pergi dengar dengar ceramah ni kan. Hahaha. Dulu bukan main mengelat sampai cikgu pun naik muak nak paksa pelajar pesen pesen macam Amoy ni lah. Jenis malas nak dengar ceramah and at the end sekarang ni Amoy pulak sibuk sibuk konon nak pergi dengar ceramah. Citt poooddaaah!! Hahaha

Okea lah sampai sini je lah yer celoteh tak banyak sangat nak story lagi. Nanti Amoy sambung lagi okei? Bye! Salam Maulidur Rasul semua!