Tuesday, February 12, 2019

Hati Sakit Atau Sakit Hati


Ada perbezaan tentang kedua frasa tersebut bukan?


Ya amoy bukan seorang yang bijak berbahasa namun amoy tetap ingin menggunakan bahasa sebaik yang mungkin.


Sekarang amoy sedang melalui frasa hati sakit atau sakit hati. Amoy sendiri musykil dengan keadaan hati amoy.


Adakah amoy sakit hati yang membawa maksud marah atau hati sakit seperti ada torehan atau ada penyakit yg melibatkan hati?


Ya amoy paham tak semua orang sempurna dalam dunia ini. Tapi kenapa lah semua orang nak bandingkan orang lain dengan diri sendiri?


Ya jangka masa setiap manusia tidak sama tapi adakah itu menjadikan tiket kepada anda untuk membandingkan kehidupan anda dengan orang lain?


Tidak semua sama cara kehidupan manusia. Ada yang awal ada yang lambat. Lambat tak bererti kau kalah. Kehidupan kita di dunia ini bukanlah suatu perlumbaan.


Adakah adil kau mengatakan seseorang itu akan menjadi seperti si polan hanya kerana situasi yang lebih kurang sama? Tidak! Sama sekali amoy tak setuju. Sebab apa? Sebab diri setiap manusia itu tidak sama. 


Frasa "Apabila aku yakin aku tahu yang aku yakin semuanya akan baik" orang lain kena hadam sebaik mungkin.



#ASL
Nampak damai namun kedamaian dalam hati belum tentu

No comments:

Post a Comment